Isnin, 7 Oktober 2013

f



Assalamualaikum..Hai..
           Apa khabar para pembaca sekalian..ini adalah 1st blog yang aku buat, jadi aku tak tau sangat format blogger-blogger yang lain..makanya, ku pohon sepuluh jari andai saja penulisanku ini tak mampu memuaskan hati pembaca.
            Pendek cerita, panjang tak cakap apa pun (ok serius memang tak lawak) baiklah, sekarang ni aku tengah berjuang untuk hidup, apehal bunyi macam nak mati dalam peperangan? (rilek bro) bukan dalam perang saja kita nak berjuang..dalam hidup ni pun kena berjuang..contoh berjuang untuk hak masing-masing la katakan..ok, lari dari tajuk dah..
            Berbalik pada topik, ya..aku sedang berjuang untuk berhenti merokok..bukan sekali sudah ku cuba untuk berhenti merokok, malahan sudah beratus duit keluar angkara rokok..bermacam obat agar tabiat merokok dapat dihentikan, tapi tabiat lama tetap berkunjung lagi (macam tempat pelancongan pulak) ya..paling kurang sehari tu mesti ada sebatang untuk meredakan keadaan yang meruncing tika itu.
          Tabiat merokok ni kalau tak sembuhkan cepat insyaAllah akan merosakkan badan si perokok.
Berpuluh blog yang aku godek nak cari penyelesaian..beratus obat samada farmasi mahupun hospital kerajaan pun tak mampu juga (pergh..keras kepala sangat le tu..) dan bagi yang banyak duit mungkin boleh lah mencuba program-program anjuran berhenti merokok..dari pengalaman aku tengok bukan 100% pun mereka yang betul-betul berjaya nak berhenti merokok lepas ikut program tu..senang cerita, (senang ke?) tak guna la ikut program kalau masih juga sama membazir duit jer..buat beli beras ..kenyang seminggu kot..
           Kebaikan Merokok? (eh aku tak salah baca ke?) tak anda tak salah baca pun..ok, betul ke ada kebaikan merokok ni? alah..nak halau nyamuk la bro..(opah kau!) weh..kalau dah bahaya takde yang baiknnya dengan merokok ni..nak halau nyamuk konon..alasan tu dah basi ar..silap-silap nyamuk tu sendiri pun merokok. (hehe)
         Keburukkan Merokok? cerita pasal keburukkan merokok ni..tak payah cakap la..secara am-nya semua orang pun tau akibat merokok ni..nak di jadikan cerita lagi, sebenarnya bukan lah seorang perokok tu yang mau merokok tapi kerana ketagihan nikotin merupakan salah satu faktor perokok ingin merokok lagi selepas habis sebatang di hisap..Anyway, banyak lagi faktor yang mempengaruhi sifat-sifat penagih rokok ni..tak mampu nak terangkan satu persatu..(google sendiri..hehe)
          Pengalaman? kalau takda pengalaman takkan lah aku tau semua ni..ok, pengalaman sepanjang menjadi perokok tegar ni selalu jak sakit-sakit (sakit dada) dah macam orang ada penyakit jantung weh..sakit tu..(batuk) pasal batuk ni memang common sangat la..pegi cek-in farmasi atau hospital, sampai habis obat pun masih lagi takde kesan..(rasa nak mati jer). Dah salah sendiri..tanggung lah sakit tu..silap-silap seminggu pun belum tentu sembuh. Cuba bayang apa jadi dalam jangka masa panjang, contoh (5tahun akan datang) kalau masih tak mau berenti biarpun sakit dah tahap dewa macam tu..(Silap-silap tak sempat kahwin woo..) hehe.. (Bro panjang sangat la..)
          Eh, panjang ke? hehe..ok la..nak menyudahkan cerita..pengajaran yang dapat kita ambil dalam cerita ni ialah, kalau nak buat sesuatu kena rancang dengan teliti berserta niat yang betul..maksudnya kena rencanakan bila nak betul-betul berenti merokok contohnya..set dalam kalender bila kita nak betul-betul berhenti, niatkan dalam hati nak berhenti betul-betul..dan yang penting sekali kena nekad dalam hati..kalau ada yang nak pelawa merokok tu..tolak lah pelawaan tadi dengan baik..semoga dengan niat yang betul kita akan diberkati
(Hati kena kuat bro.. :3) Masih ada harapan untuk kita :3

Sampai jumpa lagi..
Wassalam..